h1

Orang yang terakhir meninggalkan neraka & masuk ke syurga

May 5, 2010

Salam…

Saya cuma nak share satu cerita yg  sangat2 menarik. Cerita ni dikupas daripada Hadith Shahih Muslim oleh seorang imam di US. Tajuknya “Orang yang terakhir meninggalkan neraka & masuk ke syurga”.

Setelah beribu2 tahun lamanya disiksa di dalam neraka, orang ini akhirnya dibenarkan oleh Allah utk merangkak keluar daripada api neraka. Dia disiksa begitu lama kerana dosanya yang begitu banyak, namun kerana di dalam hatinya ada iman, dia dijanjikan ke Syurga w/pun terpaksa menerima siksaan di neraka terlebih dahulu.

Selepas berjaya merangkak keluar & berada di antara neraka dan syurga, dia sangat2 gembira dan merasakan kenikmatan yang amat sangat. Kemudian, Allah menjelmakan sepohon pokok rendang jauh daripada lereng neraka. Apabila terlihat olehnya pokok ini, maka dia meminta kepada Allah supaya mengizinkannya berada di bawah pokok tersebut; ” Ya Allah, benarkanlah aku berteduh di bawah pokok itu nescaya aku boleh makan akarnya & minum daripada airnya.” Maka Allah pun memberi keizinan kpdnya.

Apabila berada di bawah pokok tadi, Allah menjelmakan satu lagi pokok yang lebih besar, rendang & cantik (kedudukannya lebih jauh drpd neraka & lebih dekat kpd syurga). Maka, dia pun berdoa lagi; “Ya Allah, boleh tak kalau kau izinkan aku pergi berteduh di pokok itu pula?” Allah berfirman kpdnya; “Wahai anak Adam, sekiranya Aku memberikan kpd kamu nikmat ini, nescaya kau akan meminta yang lain pula.” Maka, orang tadi pun menjawab; “Ya Allah, aku takkan berbuat demikian. Pokok itu sudah cukup baik utk aku. Aku takkan meminta lebih drpd itu.” Maka, Allah pun membenarkannya pergi kepada pokok tersebut.

Kemudian, sebaik sahaja berada di bawah pokok yang ke-2, Allah jelmakan satu lagi pokok yang jauh lebih besar, rendang & cantik (kedudukannya lebih jauh drpd neraka & lebih dekat kpd syurga). Maka, sekali lagi dia berdoa; “Ya Allah, boleh tak kalau kau izinkan aku pergi berteduh di pokok itu pula?” Allah berfirman kpdnya; “Wahai anak Adam, bukankah kau telah berjanji yang kau takkan meminta yang lain?” Maka, orang tadi pun menjawab; “Ya Allah, ini kali terakhir. Pokok itu akan menjadi yg terbaik utkku. Aku takkan meminta lebih drpd itu.” Maka, Allah pun membenarkannya pergi kepada pokok tersebut.

Sebaik sahaja dia berpindah kepada satu pokok, Allah jelmakan satu lagi pokok yang lebih cantik & besar. Dan dia berulang2 berdoa seperti yang sebelumnya. Dan Allah berkali2 mengingatkannya tentang janjinya. Dan dia berkali2 membuat janji; “Ya Allah, ini kali terakhir. Pokok itu akan menjadi yg terbaik utkku. Aku takkan meminta lebih drpd itu.”
Maka, berpindahlah dia drpd satu pokok kepada satu pokok yang lain yg lebih jauh dr neraka & lebih dkt kpd syurga.

Apabila dia sampai kepada satu pokok yang sangat besar & cantik, dia ternampak pintu gerbang syurga tidak jauh drpd situ. Maka, sekali lagi dia berdoa; “Ya Allah, Kau izinkanlah aku berada di tepi gerbang syurga. Aku bukan hendak memasukinya, tetapi hanya ingin berada di sebelah gerbangnya. Itu sahaja yang aku mahukan.” Maka, Allah berfirman; “Wahai anak Adam, setiap kali kau membuat janji untuk tidak meminta lebih, pasti tidak kau tepati. Adakah kali ini kau juga akan meinta lebih drpd itu?” Orang tadi menjawab; “Sungguh, Ya Allah, aku takkan meminta lebih drpd itu.” Maka, Allah perkenankan permintaannya.

Apabila dia datang menghampiri gerbang syurga, dia dapat mendengar suara keriangan ahli2 syurga. Maka, timbul rasa cemburu dalam hatinya kerana dia juga ingin turut menikmati kenikmatan syurga. Maka, dia sekali lagi berdoa; “Ya Allah, bagilah aku masuk ke dalam syurga.” Lalu, Allah berfirman; “Wahai anak Adam, apa yang akan memuaskan hatimu? Adakah cukup jika aku kurniakan kepadamu nikmat di syurga yang bersamaan dengan sekali ganda langit & bumi?” Lalu dia menjawab; “Ya, aku pasti berpuas hati.” Maka Allah berfirman; “Jika begitu, aku akan memberikannya kepadamu dan aku tambah sekali ganda lagi, dan sekali ganda lagi, dan sekali ganda lagi, dan sekali ganda lagi… (Setelah digandakan sebanyak 5 kali, maka orang tadi pun berkata; “Ya Allah, itu sudah cukup. Sudah cukup.”) Tetapi Allah terus menggandakannya sehingga 10 kali ganda langit & bumi. Dan Allah menambah; “Dan Aku akan mengurniakan apa sahaja nikmat yang akan menenangkan matamu & memuaskan hatimu.”

Kesimpulan yang dibuat oleh Imam Anwar al-Awki tentang hadith ini: -
- Syurga yang paling rendah pun tarafnya lebih kurg 10 kali ganda langit, bumi & isinya + nikmat yang sentiasa menenangkan mata & memuaskan hati. Masya Allah, betapa Allah Maha Pemurah & Penyayang bagi hambanya. Jika dunia dijadikan perbandingan, maka dunia akan terasa jijik.

- Rasulullah akan memberi syafaat utk mengangkat seorang mukmin ke tahap syurga yang lebih atas kepada orang yang mendoakan spy baginda diangkat ke tahap syurga yang paling atas (Doa selepas azan).

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.