Kutipan keseluruhan derma mangsa gempa Padang mencecah £1158.84

Assalamualaikum wth wrbt,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, kita telahpun mengumpulkan derma berjumlah £1158.84 kesemuanya untuk misi derma gempa Padang. Semoga sahabat-sahabat sekalian mendoakan perjalan kami ke Padang dilindungi Allah dan dipermudahkan segalanya olehNya.
Jazakallah kepada semua yang telah menderma. Hari ini, telahpun berakhir kutipan derma secara rasmi. Sekian, saya yang melaporkan dari Malaysia.

Raudhah Ahmadi

Add comment November 18, 2009 tamanraudhah

Kutipan derma mangsa gempa Padang mencecah £1122.40

Assalamualaikum wth wrbt,

Alhamdulillah, hari ini ,jumlah kutipan derma telahpun bertambah kepada £1122.40. Kepada yang masih mahu menghulurkan derma, bolehlah berbuat demikian dalam masa dua hari lagi. Semoga Allah permudahkan urusan kita, dan doakan keselamatan saya dan Kak Asyifa di Padang nanti. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Padang nanti. InshaAllah. Ameen.

Warga Sheffield dan MSM Sheffield

Add comment November 16, 2009 tamanraudhah

Alhamdulillah, Kutipan hari kesembilan telahpun mencapai TARGET £1000

Syukur kita ke hadrat Ilahi yg teramat atas keizinanNya, kita telah berjaya mencapai TARGET utama kita iaitu £1042.40 untuk misi kasih Padang dari MSM Sheffield dan seluruh UK amnya. Terima kasih atas sokongan semua sahabat-sahabat sekalian. Doakan agar misi kita akan berjaya. InshaAllah, yg akan bersama misi ini nanti adalah saya dan Kak Asyifa. Kami berdua akan ke Padang bersama-sama pada 19hb nanti. Hari ini kami akan berangkat ke Malaysia. Doakan agar perjalanan kami selamat dan dipermudahkan Allah.

Buat sahabat yang masih mahu menghulurkan derma, masih boleh berbuat demikian sehingga 17hb November. InshaAllah saya akan mengeluarkan duit tersebut di Malaysia nanti.

4 hari Lagi, Misi Kasih Padang MSM Sheffield

misi kasih 2Gambar sokongan sisters Sheffield yang sungguh bersemangat menyertai Misi Kasih Padang MSM Sheffield

Add comment November 14, 2009 tamanraudhah

Alhamdulillah, kutipan derma mangsa gempa Padang hari ketujuh mencecah, £979.34

Assalamualaikum wth wrbt,

TARGET KITA £1000, 7 hari lagi

Syukur kepada Allah yang sebanyak-banyaknya. Kutipan derma hari ketujuh telahpun mencecah £979.34. InshaAllah, mari kita doakan bersama-sama semoga misi ini akan berjaya mencambahkan keyakinan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang pemurah dan ikhlas dalam menginfakkan harta kita ke jalanNya. Dan semoga misi ini juga dapat meringankan bebanan saudara-saudara kita di Indonesia. Ameen.

Sokongan bersama,
Warga Sheffield dan MSM Sheffield

Add comment November 12, 2009 tamanraudhah

Kutipan derma mangsa gempa Padang hari keenam mencecah £823

Assalamualaikum wth wrbt,

Syukur kehadarat Ilahi, kutipan derma untuk hari keenam bertambah lagi kepada £823. Semoga Allah sahaja yang membalas niat baik hamba-hambaNya menolong saudara-saudara lain yg dalam kesusahan. Mari sahabat semua, kita teruskan kutipan derma kita, dan jadikan amalan besedekah sebahagian daripada rutin kehidupan kita, inshaAllah.

TARGET KITA, £1000 8 hari lagi

Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati olehNya. Ameen.

“ ….apapun harta yang kamu infaqkan, maka kebaikannya untuk dirimu sendiri. dan janganlah kamu berinfaq melainkan kerana mencari redha Allah. dan apa pun harta yang kamu infaqkan, niscaya kamu akan diberi pahala secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi. ” [al Baqarah : 272]

Add comment November 11, 2009 tamanraudhah

Alhamdulillah, kutipan hari kelima berjaya mencapai TARGET £800

Assalamualaikum wth wrbt,

Segala puji hanya bagi Allah. Kutipan derma hari kelima telah berjaya mencapai TARGET kedua kita, iaitu sebanyak £808. Semoga Allah menerima ketulusan hati kita menginfakkan harta di jalanNya. InshaAllah.

Justeru, sbg umat Islam yang sentiasa mahu maju kehadapan, kita naikkan lagi TARGET kutipan derma kita kepada £1000. InshaAllah, berkat pertolongan Allah, kita boleh menacapai target ini.


TARGET BARU KITA, £1000, 9 hari lagi

Ayuh rakan-rakan dan sahabat semua, mari kita bersama-sama menyokong Misi Kasih Padang dari Sheffield ini. Jgn ketinggalan untuk menjadi jutawan akhirat.Semoga Allah menerima amalan kita ini, inshaAllah.
PB090034

PB090036

Gambar sisters MSM Sheffield yg bersemangat menyokong misi bantuan ini.

Salam,

Kerjasama warga Sheffield dan MSM Sheffield

2 comments November 10, 2009 tamanraudhah

Kutipan hari keempat derma utk mangsa gempa bumi Padang mencecah £615

Assalamualaikum wth wrbt,

Sekali lagi bersyukur kehadrat Ilahi, hari keempat, misi derma untuk mangsa gempa bumi di Padang sudah mencecah £615. Semoga dgn derma ikhlas daripada kita semua dapat sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa meneruskan kehidupan.

TARGET KITA £800, 10 hari lagi
Hari ini, ada lagi gempa bumi yg bermagnitude 6.7 berlaku di North-Northwest Sumbawa, iaitu kira-kira 830batu jauhnya dari Kota Jakarta. Bersyukur kepada Allah, kita dilindungi dan tidak merasai pengalaman gempa bumi yg amat dahsyat dan mengerikan ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita Malaysia akan terus selamat daripada bencana alam yg dahsyat ini.

Disini dicatatkan lagi butir2 akaun saya untuk memudahkan sahabat-sahabat yang baru mengetahui misi ini untuk menderma:

Nama: Miss Raudhah Ahmadi
Bank: Natwest
Akaun No: 24184586
Sort Code: 60-19-07
Reference: Derma Gempa Bumi Padang

Semoga niat kita yg ikhlas menginfakkan harta ke jalan Allah mendapat ganjaran di akhirat kelak. InshaAllah. Ameen.

Kerjasama,
Warga Sheffield dan MSM Sheffield

Add comment November 9, 2009 tamanraudhah

Subhanallah! Kutipan hari ketiga mencecah £545, berjaya mencapai dan melepasi target

Assalamualaikum wth wrbt,

Subhanallah! Segalanya adalah pertolongan Allah. Warga Malaysia di Sheffield dan di seluruh UK sekalian, hari ketiga kutipan derma kita telahpun berjaya mencapai TARGET (£500), malah telah berjaya melebihi sasaran pertama kita. Semoga Allah membalas segala jasa dan niat kita yg ikhlas menderma keranaNya.

TARGET BARU KITA, £800 11 hari lagi

Justeru, misi kita diteruskan dengan menaikkan sasaran kedua kepada £800. InshaAllah, sama-sama kita teruskan menyeru sahabat-sahabat untuk menginfakkan harta untuk menambahkan saham akhirat kita. Marilah kita berlumba-lumba untuk menjadi jutawan akhirat. Jangan ketinggalan dalam misi ini. Semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah selalu. Dan jgn lupa, sebelum menderma, betulkan dulu niat anda, menderma ikhlas hanya kerana Allah. InshaAllah.

Sokongan bersama,
Warga Sheffield dan MSM Sheffield

 

 

Add comment November 7, 2009 tamanraudhah

Kutipan hari kedua derma gempa bumi Padang mececah £415

TARGET KITA £500, 12 hari lagi

Assalamualaikum wth wrbt,

Skali lagi bersyukur kehadrat Ilahi, telah tersentuh banyak hati2 umat Islam Malaysia yg prihatin di bumi Sheffield dan juga seluruh UK untuk membantu saudara kita di Padang, Indonesia. Semoga Allah merahmati kita semua disini dgn amalan yang ikhlas hanya keranaNya.

Semoga amalan bersedekah dan menginfakkan harta ke jalan Allah menjadi keutamaan dalam hidup kita. Marilah kita beramai-ramai, berlumba-lumba untuk menjayakan misi bantuan ini. Dan jgn lupa, betulkan niat sebelum menderma, semoga ianya kelak akan menjadi pemberat timbangan amalan kita di Padang Mahsyar. Ameen.

derma

Gambar misi bantuan dari Malaysia

Add comment November 7, 2009 tamanraudhah

Kutipan hari pertama untuk GEMPA BUMI PADANG mencecah £120

TARGET KITA £500 13 hari lagi

Assalamualaikum wth wrbt,

Syukur ke hadrat Ilahi, kutipan derma untuk hari pertama mencecah £120 daripada rakyat Malaysia yg prihatin di Sheffield. Saya mencadangkan kita letakkan target iaitu sebanyak £500. Dengan adanya matlamat ini, kita semua akan bersemangat untuk menghulurkan bantuan buat mangsa-mangsa gempa bumi di Padang. InshaAllah, saya yakin dengan pertolongan Allah, akan ada byk lagi hati yang tersentuh untuk menolong hamba-hamba Allah yang dalam kesusahan ini sebelum saya berangkat ke Padang 13 hari lagi.

Ketahuilah, kita amat bertuah kerana kita punya harta yang banyak dan nikmat yang melimpah ruah dari Allah. Hidup di UK, walaupun berjauhan daripada sanak saudara, kampung halaman, namun kita hidup dalam keadaan yang serba cukup dan sejahtera. Marilah kita menyatakan kesyukuran kepada Allah dgn menginfakkan sedikit harta kepada hamba Allah yang memerlukan. Allah melihat setiap tingkah laku kita, bersedekahlah hanya kerana Allah. Biar sedikit, tapi ikhlas dan berterusan. InshaAllah, di akhirat kelak, inilah yg akan menjadi harta kita, penyelamat kita sewaktu pertimbangan amal dihadapanNya. Semoga kita diberkati dan dirahmati Allah selalu.

the-padang-earthquake

Gambar Surau yang rosak akibat gempa bumi di Padang.

the-padang-earthquake2Rumah-rumah yang telah musnah sama sekali

 

Add comment November 6, 2009 tamanraudhah

Previous Posts

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Oct    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Most Recent Posts